Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..
Alhamdulillah bersyukur kepada hadrat Ilahi atas kurnia-Nya dapat kita bersama- sama menghirup udara yang segar dan menjalankan aktiviti-aktiviti seharian pada hari ini dan tidak lupa kepada Ibadah yang telah di fardhukan kepada kita semua yang bergelar hamba pada-Nya.
Blog ini adalah rentetan kepada penjanaan idea yang telah di kumpulkan sekian lama, kemudian tenggelam di arus yang amat deras, dalam keadaan arus yang berputar- putar, tengelam timbul, nafas seakan-akan tidak didengari lagi, akhirnyer dapat berpaut pada sebatang ranting pokok sahaja dan dari situ kami belajar bahawa hidup ini perlu keberanian yang tinggi. Maka, dari situ kami mendapat ilham dan perlu melakukan sesuatu untuk anak cucu yang akan datang (prinsip orang cina), lakukan hari ini untuk anak cucu cicit akan datang.
Baik, kami akan hidangkan blog ini berkenaan dengan KAMBING (segalanyer tentang bek bek ) dan perjalanan hidup kami yang sememangkan mempunyai MATLAMAT yang begitu BESAR (amat gila sekali), tidak mustahil dengan semangat yang kami ada dalam kehidupan yang penuh kontraversi dan semakin mencabar dari hari ke sehari.
Perghhhhh..... ikutilah perjalanan kami sehingga bergelarnyer saudagar kambing dr bumi MALAYSIA pada usia yang akan di tergetkan nanti, InsyAllah.
"SESUATU PERKARA ITU TIDAK MUSTAHIL KITA CAPAI, ANDAINYA USAHA DIGEMBELENGKAN SEPADAN DENGAN PERKARA TERSEBUT"
fb : https://www.facebook.com/fakambing.farm
page : https://www.facebook.com/FA-Kambing-Farm-Resources-1125888270808334/
email : fakambingfarm@gmail.com
No comments:
Post a Comment