Saturday, August 6, 2016

REZEKI YANG MENGALIR

Alhamdulillah, ini kisah aku 2 3  hari yang lepas, mendapat msj daripada seorang sahabat yang dari sekolah rendah, 1 kampung aku dalam kesempitan kewangan untuk tapak perniagaan agar dapat meniaga di tempat baru. Aku mengikuti perniagaan beliau, dimana aku melihat kecekalan dan keberanian beliau dalam menceburkan diri dalam sesuatu perniagaan (makanan) yang memerlukan beliau berhenti kerja, dimana mempunyai anak dan interi yang perlu disara. Betul isterinyer berkerja dan merupakan 1 bonus kepadanye. Tapi aku melihat, ia adalah soal TANGGUNGJAWAB suami Bagi aku, ia tidak semudah A B C, agak- agak complicated dalan menjustifikasikan sesuatu keadaan.

Baik, itu yang pertama, maka dengan rezeki Allah yang diberikan kepada aku, aku telah membantunyer dengan kemampuan aku (nilai tidak la besar). Pengorbanan aku adalah, bil utiliti aku tergendala, kereta tidak berbayar, apa- apa perbelanjaan di tangguhkan dahulu. Sebab apa? aku yakin dengan bantuan yg aku berikan. ALLAH ITU ADIL.

2 hari kemudian, aku telah mendapat perkhabaran yang baik tentang perniagaan yang sedang aku usahakan bersama anak muda yang berjiwa besar (akan aku nukilkan juga tentangnyer suatu hari nanti)  yang amat- amat bermakna sekali kepada kami.. Kerana apa??kerana aku dan Partner menjalankan perniagaaan ini tanpa MODAL walau pun RM200 dalam Bank!!!!!!!! wowwwwwww (akan aku ceritakan lebih lanjut hal modal ini pada masa akan datang).


Perkhabaran baik itu, menjadikan aku telah lunaskan semua bil-bil utiliti, apa2 yang bertangguh, sunguh indah percaturan ini. dan usaha perniagaan kami InsyAllah berjalan dengan lancar.

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: "Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…" (Riwayat Muslim)

Doakan kami untuk kami membantu lagi orang-orang diluar sana, jom kita sama-sama berada dalam jemaah walau apa pun yang berlaku.


like page kami


 kami https://www.facebook.com/FA-Kambing-Farm-Resources-1125888270808334/

Add friends fb kami
https://www.facebook.com/fakambing.farm

email kami
fakambingfarm@gmail.com

blog kami
http://fakambingfarm.blogspot.my/






No comments:

Post a Comment